468x60

  • Blockquote

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Duis non justo nec auge

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

Dilot macam chipsmore

Tuesday, December 20, 2011
lama betul tak update blog. Macam chipsmore. sekejap ada, sekejap takde. Disebabkan blog baru domain dah expired, belum re-new lagi, jadi terpaksa dilot buat entri sementara dekat sini.

Alhamdulillah, kandungan dilot dah masuk bulan yang ke-7. tinggal lagi 2 bulan setengah untuk menanti kelahiran si comel ni.

pregnancy calendar

7 bulan ni jugak, macam-macam yang ditempuhi, macam-macam yang perlu dipelajari. Hari-hari buat research, hari-hari baca, hari-hari catit dan buat perbandingan, dan hari-hari makin pening dibuatnya. hehe..

Bukan mudah nak masuk fasa baru ni, fasa keibubapaan. Banyak yang kena belajar,
1) dari segi menjaga kandungan,
2) menjaga suami,
2) menjadi isteri bila dah ada anak nanti,
3) menjadi ibu yang baik,
4) pendidikan untuk anak-anak
5) macam mana nak didik anak.

dan lain-lain la...makin banyak yang dibaca, makin banyak ilmu yang baru kita dapat.

Untuk sekarang ni, dilot dah mula beli barang-barang keperluan baby dan barang-barang yang perlu dibawa ke hospital. Belum lengkap lagi, masih banyak yang nak kena beli.

hanger tudung 28 lubang RM18

Thursday, November 11, 2010
Projek baru dilot dah bermula, kiranya projek ni dijalankan bersama husband dilot sendiri la. Husband dilot jadi bisnes partner dilot

untuk permulaan bulan november ni, dilot ada jual hanger tudung yang 28 lubang tu. hanger ni sesuai untuk tudung yang ber'awning. mereka yang ada koleksi tudung awning, perlu ada hanger ni...

sebabnya, senang nak jaga awning tudung kita, takla kemek sana, kemek sini. nanti bila awningnya dah kemek, last-last tudung tu dah tak digunakan lagi. sebab dah tak cantik bila dipakai. kan membazir namanya.

selain tu, senang nak cari tudung kita nanti, nak pilih warna tudung berdasarkan warna pun senang je. *boleh rujuk gambar di bawah*

nak sangkut tie pun boleh, jadi mereka yang dah ada anak bersekolah, bolehla sangkut tie dekat hanger ni. hanger ni tak selicin hanger biasa, jadi bila gantung tie, tie tak mudah jatuh, atau meleret ke bawah. mudah je kan..*boleh rujuk gambar di bawah*

jadi hanger tudung tu dilot jual dengan harga RM18 sahaja... untuk stok kali ni, kami ada 5 pilihan warna yang boleh dipilih. siapa nak warna cantik-cantik, kenala beli awal, sebelum kehabisan stok.


alhamdulillah, untuk permulaan november ni, dah ada pembeli yang beli hanger tudung ni. Untuk penghantaran pula, insyaAllah kami akan pos terus selepas pembayaran dilaksanakan dan pengesahan pembayaran dibuat.

mereka-mereka yang duduk sekitar seri kembangan boleh PM kami (nurulzcollection@gmail.com) jika nak beli secara COD..atau kawasan RAMPAI, wangsa maju, sebab hampir setiap minggu kami akan ke sana. Kalau nak tau lebih lanjut, bila kami dapat pergi ke sana..bolehla cek di blog kami ya..

boleh layari blog bisnes online dilot di sini
Email: nurulzcollection@gmail.com

selain hanger tudung 28 lubang, kami ada jual tudung juga
Sekarang ni tengah hot, tudung Rozita Che Wan (tudung chiffon 2 layer ada , yang 3 layer pun ada)

terbukti ku gagah

Sunday, October 17, 2010
Gagah? gagah ape? aduhai macam lucah la pulak kan..

ni ha..hamster aku dah lahirkan 5 baby yg merah-merah...chumel gitu....

My Buffered Earnings 10 October 2010

Wednesday, October 13, 2010

rasanya dah lama tak update blog ni. walaupun aku tak berupdate blog ni, rezeki untuk dapat Buffered tu memang sentiasa ada...

Bila aku dapat? rasanya pada tarikh 10.10.2010. Terkejut juga bila husband bagi tau yang aku dapat lagi Buffered dari bl0g ni. Ingatkan dah tak dapat, yela, blog ni dah lama terabai. Sekarang aku banyak update dekat blog baru.

Tapi ape pun, blog ni banyak berjasa pada aku. Rasanya dah 3 tahun blog ni wujud. lama ke? lama la juga berbanding blog sekarang ni.

contest paling mudah

Saturday, January 9, 2010
jom join contest paling mudah

update di blog baru..www.dilahdilot.com

website rasmi ajl ke 24 tv3

Monday, January 4, 2010
update di website baru.

www.dilahdilot.com

My Blog List